Wednesday, April 20, 2011

Saja nak share

Mungkin betul kot kalau rajin memasak, kemas rumah pulak tak berapa rajin dan sebaliknya...Malu nak bagitau..saya basuh baju dan kemas baju cuma weekend je. Sapu sampah pun sama..Kalau nampak berhabuk sangat baru la sapu hari kerja. Mungkin duduk berdua ni tak kesah sangat..Suami pun tutup mata je..kalau kat rumah dah siap makan tu, kemas dapur then terus lepak tengok tv ngan suami..takde maknanya saya nak mengemas2 ni..=)

Rasanya pernah tulis kot pasal ni. Tapi takpe, saya tulis lagi..

Kalau nak masak hari-hari, pastikan:-

1. Beli sayur yang tahan lama macam kobis, kobis bunga, lobak, kacang buncis, brokoli dan cili benggala. Ini kalau kena cara menyimpan boleh tahan sampai 2 minggu. Lobak lagi tahan lama.

2. Boleh beli sayur daun2 ni. Tahan paling lama pun 3-4 hari. Jadi kalau beli sayur2 macam kangkung, sawi dan bayam. Pastikan kita plan masakan kita tu. Contoh, kalau kita beli hari sabtu. Makesure ahad dan isnin kita habiskan sayur2 ni dulu sebelum masak sayur2 lain yang tahan lama.

3. Simpan daun kari, daun limau purut dan cili burung dalam bekas tertutup. Basuh bersih dan keringkan air. Pastu letakla dalam botol2 prego dan mayonis yang dah habis tu. InsyaAllah tahan 2-3 minggu. Kalau beli daun kari seikat contohnya, memang tak kan habis la kan..daripada buang baik kita simpan, tapi kalau tak simpan elok2, paling lama tahan pun seminggu, lepas tu layu..takkan hari2 nak masak kari.

4. Setiap kali beli bahan basah, cuba pelbagaikan. Ayam, ikan 2-3 jenis, udang dan daging. Memangla mahal sikit. Tapi tak payahla beli banyak2. Untuk seminggu, biasanya saya beli ayam seekor, ikan kembung 6 ekor (saiz sedang), udang 1/2 kilo, daging 1/2 kilo (jarang beli). Bahagikan kepada portion2 yang kecik. Macam ayam, biasanya saya dah letak isi ayam asing untuk buat chicken ball, bahagian tulang2 tu simpan untuk masak lauk. Jadi kita dah boleh plan apa nak masak untuk seminggu so tak ada lah penin2 nak pikir nak masak apa hari2.

5. Rempah2 kering pun sama, kari, kurma semua tu saya pastikan ada kat rumah. Santan, sama ada kita bekukan @ beli je santan kotak. Jadi bila terlintas nak masak tu bahan2 semua dah ada.

6. Tepung gandum mesti sentiasa ada. Bagi saya ini yang paling asas. Kalau tak ada apa sangat nak masak, cekodok ikan bilis dan lempeng la yang paling sedap sekali.

7. Beli karbohidrat selain beras. Bihun, spegeti, mee kuning dan koey teow. Lagi satu roti. Memang la nasi tu makanan ruji tapi bila nak masak hari2, kita perlukan variati. Jenuh jugak kalau nak masak nasi je. At least boleh kita bertukar pada menu lain @ paling koman makan je roti bakor..kita bakor je..

Itu je la yang saya nak share. Mungkin ada yang berpendapat barang2 makanan tak elok simpan lama2 dalam peti ais, entahlah..saya no komen..kalau kementerian kesihatan dah keluarkan pekeliling yang peti ais ni menyumbang kepada penyakit then masa tu barulah saya kurangkan @ tak guna terus kot. So far tak pernah dengar kan..so semua tu kira rumours..

p/s saya dah order takoyaki maker..uit..tak sabar nak masak tako..tako..takoooo..takooo..siap mimpi..=)


2 comments:

SyaNa said...

bagus tips ni
akan aku praktik kan
tq

wawa said...

ye la bagus... aku suka tip simpan daun2 tu...

ma snap sket gambar "sistem penyimpanan" ni ma...