Petang jumaat lalu di Ampang Park..kebetulan mata tertancap pada anak kucing liar kelabu gelap yang cumil sangat. Cubaan en. suami menangkap anak kucing berakhir dengan 2 gigitan dan beberapa cakaran..anak kucing tidak berjaya di bawa balik...huhuhu...Singgah di klinik untuk suntikan ATT [Anti Tetanus Toxoid] takut nanti dijangkiti kuman yg boleh membawa mati..Selewatnya 24 jam selepas digigit perlu dapatkan suntikan...
Tapi bukan itu yg ingin diceritakan..Doktor yg merawat mendatangkan rawan..Sembang2..Pn. Doktor beri pandangan, dia percaya bahawa haiwan peliharaan, kucing @ anjing, tidak benarkan tuannya ada anak kerna mahu perhatian, mahu hanya dijaga tuannya sahaja..Sentap!! Sungguh!! Pertama kali dengar..dan Pn. Doktor itu berulang2 kali menegaskan bahawa dia percaya...Terdiam aku dan suami...Pn. Doktor berkata lagi, cuba lihat keliling..mereka yg pelihara kucing jarang punyai zuriat sendiri...hmmmm..
Pn. Doktor, aku juga percaya..Percaya apa yang terjadi kuasa Yang Maha Esa..Bukan kucing puncanya..Aku boleh paham jika Pn. Doktor terangkan dari sudut kesihatan..Contohnya, najis kucing punya parasit yang bisa datangkan kecacatan bayi dalam kandungan atau apa saja yng boleh menjejaskan kualiti kehidupan..Bukan pandangan bahawa kucing doakan tuannya tidak peroleh keturunan!!!!
Pn. Doktor juga hairan, mengapa penggemar haiwan sanggup habiskan wang untuk membela BINATANG..mengapa tidak bersedekah pada orang susah..mengapa tidak mengambil anak angkat untuk dipelihara..Pn. Doktor, BINATANG juga makhluk Tuhan..BINATANG juga berdoa berzikir pada PenciptaNya..Jangan dipertikai..Jangan dipersoal..Ibadah ini maha luas maknanya...amalan sedekah, pahala dan dosa jangan dihakimi, kerna ia bukan hak kita....
Kecewa..kecewa bila pengamal perubatan memberi pandangan yang bukan2..Mungkin betul..mungkin tidak apa yang diperkata..Cuma memang aku lebih percaya pada Qada' dan QadarNya..Walluhualam...
nota kaki : tidak akan pergi lagi ke klinik itu...:(
5 comments:
doc tu apesal..anti kucing or binatang kah?kena siasat ni latar belakang dia ni..maybe kebetulan saja je tu...apada...
mmg x patut lh bg tahu mcm 2....nape lh doktor blh ckp mcm 2....bkan ke kucing pon mahluk Allh...ape slh ye kita jaga... in'sallah kita akn mendapat zuriat .... jgn llh slh kn kucing yg x berdasa 2 disebabkn x dpat zuriat...
dia akan dilaknat oleh Allah...
Ding Dong...
Haha. Doktor pun ada pemikiran 'mistik' macam tu ya. Haha lagi. Saya ni tak bela kucing. Pun belum berpeluang nak mengandung lagi. Sapa la mendoakan saya supaya takde anak tu ya. Haha lagi. Pun..ada je rakan2 yg bela kucing. Berderet juga anak mereka. Haha lagi dan lagi.
By d way 1st time plak dgr 'petua' mcm ni.
Abaikan. Truskan dgn perasaan murni awak yg sukakan kucing tu.
dasatnye doktor itu...begitu taksub dgn perkara2 tahyul ek...bkn ke doktor ni blaja tinggi2, masih nk percay perkara2 mcm ni???pelik2...kuasa ALLAH lg besar...
akak... saya faham perkara yang akak alami... tapi berlapang dada lah ye?
sbb doktor tu nasihat mungkin utk kebaikan akak... cuma caranya mungkin tak kena.
=)
tapi mmg ada saya belajar... najis kucing ada satu parasit yang boleh bawa penyakit 'toxoplasmosis'...
ni saya attachkan untuk akak sedikit artikel ttg toxoplasmosis...
http://en.wikipedia.org/wiki/Toxoplasmosis
akak boleh je bela kucing... Rasulullah pun suka kucing...
tapi kena make sure akak jaga kebersihan kucing2 tu taw. sbb najis kucing ni bahaya.
masa handle najis dia, kalau boleh pakai glove.
=)
Post a Comment