Friday, June 4, 2010

~ Jom makan bekal~


Bekal lunch saya

Semenjak 2 menjak ofis dah ada microwave baru ni..semangat betul nak bawak bekal..syiok wey..boleh la bawak bekal selalu..sementara tengah rajin ni kan..hehehe..nak kena beli Tupperware yang boleh masuk microwave la...lalala..suke3..next time nak masak bubur nasi...sup sayur campur...nyum2..ayam golek..(??) =)

Korang pernah tengok dokumentari kat discovery channel pasal orang Jepun bawak bekal tak?? a.k.a BENTO box @ Japanese box lunches...


wow wee...siap ada hello kitty


*google image*

BENTO ni merupakan bekal home-cooked, para ibu akan sediakan bento untuk anak2 dan suami..biasanya ada 2 @ lebih kompatmen..macam diatas..Hidangan lengkap yang penuh warna warni dan bentuk yang menarik..Aku suka gila dengan idea BENTO ni..xspecially yang ada anak2..dari pemerhatian aku, sistem sekolah kat Malaysia ni x pentingkan makanan yang bernutrisi.Sedih aku tengok anak2 sekolah berlari2 beli jajan kat luar pagar sekolah.Patutnya pihak sekolah jangan benarkan..Bayangkan anak2 kita sanggup x makan rehat sebab nak beli jajan, ais krim dan air yang kaler2...ini pendapat aku sahaja, memang susah nak kontrol makan benda yang x berkhasiat..Sekeliling kita berlambak..Macamana nak elak..Malah kita sendiri terjebak..ini pula anak2..Kawan2 duk tarik tangan ajak beli jajan..Kita pula kesian, dari anak langsung x makan, last2 kita biarkan..aku x tuju sape2..ini memang realiti..aku sendiri pun macam ni [cuma x ada anak je lagi..:)]

Jom masak bekal...Bawa bekal dari rumah..Pilih hidangan mudah sedia, macam pasta, sandwich, nasi goreng..Boleh pre cooked malam sebelum pergi kerja..Pagi, aku selalu bawa sandwich..Kadang2 tengok apa yang ada dalam peti..Kalau x bawak bekal makan pagi..memang nasi lemak la yang aku cari.. untuk elakkan nafsu makan x boleh kontrol..tu yang bawa bekal siap2..[ada 1 gerai jual nasi lemak tepi jalan kt ofis aku ni yang sambal perghhhh sedap gila, yang aku boleh makan hari2 tanpa henti]...=)

nota kaki : selalu semat dalam hati, kalau ada anak nanti..nak sediakan bekal bila dia pergi sekolah..buat mini berger, jejari ayam, ikan..mesti budak2 suka...tanam semangat dari awal..go..go..=)

2 comments:

Buyuiazliana said...

dl kita suke beli kepok lekor kt tepi sekolah tu kan ma...itu kira jajan gak ke?huhu...

Asma said...

ngeh3..ada ke aku beli??? hehehe..itu kira mknn bkhasiat kot..ada sumber protien dr ikan..=)