Friday, June 4, 2010

~ Fadhilat Surah Al-Fatihah ~



~Bismillahirrahmanirrahim~

Kawan ofis yang bagi buku ni, dia beli @ sedekah pada orang yang jual masa pergi masjid. Banyak fadhilatnya surah Al-Fatihah ni..lebih afdal lagi bila kita fahami maknanya sekali...

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Antara fadhilat Surah Al-Fatihah menurut SUMBER DARI BUKU ini, ialah amalkan Wirid Fatihah 100 kali sehari iaitu 20 kali selepas sembahyang solat fardhu, InsyaAllah akan :-

* Dimurahkan Allah rezkinya

* Diperbaiki hal ehwalnya

* Dibersihkan hatinya

* Diangkat darjatnya

* Dimudahkan pekerjaannya

* Dilepaskan dari dukacita

* Dijauhkan dari mudarat

* Diberikan kerajinan dan semangat

* Dijauhkan dari hasutan Syaitan

* Diilhamkan kepadanya kebajikan

* Tidak mudah kecewa

Wassalam dan selamat beramal...:)

Nota kaki : InsyaAllah akan huraikan lagi fadhilat Surah Fatihah di lain kali...

No comments: