Friday, June 18, 2010

~Kemahiran itu penting~

Apa kemahiran yang anda ada? Bukan kelas kemahiran hidup (KH) masa sekolah2 dulu. Kemahiran seperti memasak,menjahit,mengait & bertukang..(ini kemahiran guna tulang 4 kerat)..kemahiran2 lain termasuklah menulis, memberi ceramah (komunikasi), berniaga (online pun ok pe)..dan banyak lagi.

Ada apa dengan kemahiran?? Bagi saya mereka yang ada kemahiran dan pandai memanipulasikan kemahiran untuk menjana pendapatan adalah mereka yang sangat beruntung sekali..



Jika anda pandai memasak contohnya..Jenis yang bila memasak rasanya sama dan x berubah2..dan selalu dipuji ramai. Tidak salah jika mengembangkan kemahiran memasak itu ke satu tahap lagi dengan menceburi bidang perniagaan. Mungkin boleh mula secara kecil2an. Test market..Dapatkan feedback dari customer..dari situ mana tahu ada peluang menambah pendapatan keluarga.


1 lagi untungnya jika pandai menjahit. Tempahan baju kurung busuk2 RM50 paling murahpun RM35. Itu belum masuk butik @ kedai2 yang ada nama. Nak2 dekat raya..semua tempahan penuh, kalau lambat memang nganga la jawabnya..Selain jadikan pendapatan sampingan kemahiran menjahit ni boleh digunapakai sehari2an. Boleh jahit baju sendiri, kain langsir pintu tingkap, alas meja kerusi..Jimat banyak wang, cuma kerah tenaga dan masa sahaja.

Kemahiran jika pupuk boleh membuahkan hasil yang berkepuk. Kemahiran juga tidak akan lapuk malah makin diasah makin tajam bak belakang parang. Kemahiran saya yang paling hebat ialah makan..hehehe..memasak? bolehla..so-so..kekadang nak bagi orang makan pun malu2 alah..menjahit? mana2 yang tetas bolehlah nak gagahkan diri, itu pun jahit tangan je berani. Ada mesin hadiah kawin dari my sis, tapi x pernah nye berusik. Cuba guna sekali dua, tapi mungkin sebab 'keras tangan'..x pasal2 mesin baru dah kena hantar kedai pembaikkan.

Jadi jika tidak ada kemahiran semulajadi, kita boleh bentuk dengan hadiri kelas2 kemahiran yang dah jadi trend masakini..Banyak pilihan...kelas buat kuih, kek, menjahit, buat kraftangan, kelas kecantikan @ kelas mulakan perniagaan. Zaman sekarang nak tuntut ilmu mesti ada wang. Mana2 kelas yang dianjurkan tentu dikenakan bayaran. Ilmu yang dituntut, jangan pula diabaikan..kena lah selalu praktikkan, barula x lapuk di hujan....=)

Azam saya, kalau ada masa dan ongkosnya..mahu juga daftar nama..mana tau ada bakat terpendam dalam diri. Sampai bila nak makan gaji, nak jadi kuli.. kalau ada kemahiran dan peluang mahu juga ada bisnes sendiri..=)

nota kaki: kagum tengok bloggers yang buat bisnes online..jual produk, perkhidmatan & kemahiran..tapi..menulis blog pun kemahiran juga kan??? =)


3 comments:

myQza said...

saya ada kemahiran menaip dengan laju

ekekekekke

Aini Arif said...

yg menjahit tu adalah kemahiran saye,tp yg masak tu utk mkn sndiri bleh la hehehee

Anonymous said...

slmt menambahkan kemahiran!