Documentation untuk rumah yang saya beli tu baru je selesai hujung tahun lepas. Bank saya dah disbursed balance 90% kepada owner. Nasibla bank call dan bagitau yang start january 2011, saya dah kena bayar installment. Kalau harapkan lawyer ofis hampeh nak bagitau. Ok, bila bank call saya, dengan sepantas kilatnya saya call lawyer ofis supaya diorang pun aware yang bank akan forwardkan cek tersebut. Kalau rumah subsale the date lawyer terima cek @ owner terima cek which one earlier tu kira tarikh hand over rumah. Jadi saya maula sekeping surat mengatakan cek sudah diterima oleh pihak lawyer dan mengatakan bahawa rumah tersebut pada tarikh sekian itu telah diserahkan kepada saya sebagai pemilik baru...tapi, lawyer ofis ni kakadang macam siot je..then saya pun remindla diorang, pastikan owner dah settle semua hutang2 yang ada supaya tidak timbul masalah dikemudian hari..Takut nanti bila duit dah dapat susah! Tapi lawyer boleh cakap, tu semua takpa..nanti kita akan kira semua bahagian yang owner kena bayar..Masalahnya bila? Bila saya tanya, ok kalau nak senang sayalah yang kena dapatkan statement2 hutang tu bagikan pada lawyer...Amboi..memang la senang..saya yang nak kena buat semua..
Cuti raya cina kan lama, so saya takdelah nak follow up sangat. Lawyer pun diam je..tak ada pun nak kontek saya..takkan sekeping surat pun sebulan baru nak siap. Geram tahap ultramen dah ni..Then semalam terbuka pintu hati nak call MPAJ sebab saya nak tukar nama pemilik, kang cukai pintu bertahun pulak tak berbayar. And i found out (speking, klu marah otomatik speking), ada lagi hutang belum bayar. RM400 lebih lak tu. Standard umah besar umah saya tu mau la RM100 lebih kot cukai pintu untuk setengah taun. Maknanya ada la 2 tahun owner ni tak bayar. Itu belum bil2 lain. Sekarang yang paling saya risau bil maintenance@penyelenggaraan. Janganla buat perangai tak bayar bertahun jugak. Dah la sebulan RM150 X 12 bulan dah RM1,800. Kalau 2 tahun jugak tak bayar..pengsan ai!!
Agen pun satu, berbuih saya remind pasal utang piutang ni..ok je semedang! Mencik tul!!! Hari ni suami nak pergi Management ofis, nak kasi satu copy S&P dan cek oustanding..Harap2 la da settle semua...
Sebenarnya bukan payah pun beli rumah subsale ni, tak kesahla dah bergeran ke tak ke, rumah freehold ke leasehol ke. Kalau masing2 semua bagi kerjasama..InsyaAllah semua lancar. Penjual pastikan bayar semua ongoings bill, pembeli pastikan bayaran2 fee sepatutnya dah dibuat. Lawyer pastikan documentation selesai dan update pembeli@penjual. Agen jangan dah dapat komisen..diam je..Masalah yg timbul tak nak ambil tau..Masa minta duit booking dan 10% bukan main lagi, ayat manis je..dan sanggupla jumpa kat ceruk mana pun semata2 nak dapatkan buyer...
Membebel..bebel lak saya hari ni..ngeh3
Boleh juga baca bebelan saya pasal umah sebelum2 ni..=)
1 comment:
macamanalah rupanya ultraman tu geram .. hehe
terima kasih kerana singgah dan sudi komen2 entri saya dan juga follow saya. saya belum dapat follow balik sekarang kerana ada masalah teknikal.
Post a Comment