Monday, July 26, 2010

~Saya ber'mess nie' lagi di Nikko Hotel lagi~

Kali ini sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Kor Ordnans Diraja yang ke-53. Tidak mengambil gambar bagai, kerana...menu 100% sama seperti mess nite yang saya hadiri sebelum ini. Lihat http://asma-rizal.blogspot.com/2010/06/mess-nite-nikko-hotel.html

Cuma kali ini banyak la muka2 yang saya kenal. Kawan suami yang 1 Pulnord, dan juga kawan2 1 skot. Ada la kawan tuk sembang2.

Majlis yang sama. Macam ulang tayang pun ada...Tapi kali ini ada artis jemputan. Tu dia..sapa???? Shamsul Ghau ghau..nama dia..mula2 pandangan saya agak skeptikal. Kenapala panggil dia ni..Bukannya boleh nyanyi..Tapi sungguh saya silap..Shasul Ghau Ghau memang hebat..x kering gusi dibuatnya..Lawak ringan2 yang santai..tapi memang menggeletek habis..dan juga ada Watie (x-Elite)..hmmm..ada agak2 gediks..Satu yang saya x suka, kerjanya asyik duk kirai rambut, tarik bra,betul baju..nampak macam x selesa..kita yang kat bawah tengok lagi la sakit mata...Nyanyi not bad..tapi pembawakan diri memang kena baiki...

Kepada artis2 yang dapat jemputan buat persembahan, pastikan anda datang dengan pakaian yang bersesuaian & sopan. Lagi2 majlis2 rasmi yang ada VIP dan juga majoritinya Melayu Islam dan umur lingkungan 30an -50an. Ini penting agar anda tidak nampak janggal di pentas dan memperbodohkan diri anda di depan khalayak. Skill komunikasi juga sangat membantu anda, supaya tidak anda terkulat2 seorang diri...serta jangan ketawa mengekek2 kerana kami yang menonton berasa jelek..Sekian...=)

nota kaki: series Shamsul Ghau Ghau memang bagus..pakaian kemas..suara terang & jelas...lawak pun menjadi..ngeh3..suka2....


No comments: