Tuesday, July 27, 2010

~ Malam Nisfu Syaaban II ~

Banyak percangahan pendapat berkenaan amalan pada Malam Nisfu Syaaban. Malah semalam saya alami sendiri. Saya solat Maghrib berjemaah di Masjid A, dengan harapan akan ada bacaan Yassin sebanyak 3 kali [antara solat Maghrib dan Isyak]. Tapi Masjid A hanya ada ceramah mengenai Malam Nisfu Syaaban sahaja. Bergegas saya dan suami ke Masjid B, Alhamdulillah sempat membaca Yassin bersama jemaah yang lain.

Musykil juga..jadi pagi tadi ambil kesempatan google sekejap dalam internet. Rupanya banyak sungguh topik yang bincangkan perkara ini. Terutamanya isu yang melibatkan amalan2 bidaah dalam Islam yang hanya berlaku selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW...

Saya sendiri cetek ilmu agama. Kerdil rasanya..Isu sebegini kena rujuk alim ulama. Ini yang saya dapat dalam blog Dr. MAZA..Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban ...

nota kaki: masih banyak yang kena dipelajari, didalami, diselami dan disemat dalam hati...=)


No comments: