Monday, July 19, 2010

~ Hari Tanpa Beg Plastik @ Tesco ~

Ahad ialah hari membeli barangan dapur!!! Dah jadi rutin, walaupun x ada apa nak beli biasanya saya dan suami akan berjalan2 di sekitar Pasar Tani @ Pasar Pagi @ Pasaraya Hero (ada market pagi juga).

Ahad lalu terinigin nak pergi Tesco, katanya pagi2 meriah. Ikan dan lauk2 basah pun murah2. Sampai dalam pukul 9.00 pagi, matahari pun dah tinggi. Sebelum tu pusing2 di area Desa Pandan cum Jalan U-Thant. Tengok2 kuaters tentera. InsyaAllah kalau ada rezeki sebelum puasa nanti nak pindah sini. Nak kata kuaters ni baru, rasanya dah lama terpacak kat sini, tapi nampak macam kosong je..Moga2 ada rezki, suami baru nak bayar deposit api, sign agreement, matikan setem barulah dapat kunci...

Berbalik pada cerita pasal beg plastik..=)..Sebenarnya dah lama gila x sampai Tesco ni, walaupun sepelaung je dari rumah. Sampai2 je nampak notice SABTU & AHAD adalah hari tanpa beg plastik. Sebab dah plan nak beli lauk 2 basah, cakap dengan suami, beli je la sekeping 2 nak letak ikan ke ayam ke takut air menitis2 pula. Alih2 bila bayar memang TESCO x provide langsung beg plastik walaupun beli barang basah. x kesahla korang nak buat macam mana. Even, dekat cashier pun x jual. Memang tegar betul TESCO jalankan kempen ni. Salute toing3...=)

Mari ramai2 sokong kompen ni. Mulai hari ini, saya pastikan dalam kereta sentiasa ada beg serbaguna dan juga beg plastik lama2 untuk diguna semula....

nota kaki : Sokong kempen setakat yang mampu je...hehehe..tapi x apa, walaupun sumbangan kita kecil, tapi besar maknanya pada alam sekitar..


4 comments:

PUANSTOBERI said...

Ha..bagus Tesco. Sbb tpt lain kita kena beli doposen pastik tu. Tk suka sbb tiba2 kedai tu plak dpt untung.
And..skang kiterang mmg spare plastik n beg kain tu dlm keta. In case ke Selangor ari Sabtu ke kan. Owh..tatau lak Tesco buat pada hari Sabtu n Ahad. Umm..alert lah pasni.
Jusco buat ari Sabtu.

Asma said...

itu la kn..kebanyakan pasaraya buat cuma sabtu n cas lg. duit tu pun x tau pi mana, masuk diorg nye cash register. pe salahnya letak tabung hasil jualan beg plastik tu tuk disalurkan ke badan2 yg berkaitan alam sekitar..=)

buyuiazliana said...

haha!aritu kt ikea [maklumla aku kn org kpg sekang ni mana tau ikea dh haramkan beg pelestik] mulalah macam nk bertrabur aku pgg barang2!hahaha!

Asma said...

ha3..aku pun penah tkena kt ikea ni..yelah bukan nye g ari2 kn. mula2 aku tgk awatnye masing2 bwk beg ikea ni g kt fudcourt..mesti diaorg curikkn..upanye2 diorg beli..ikea da x bg beg plastik..hehehe