Malam ini Malam Nisfu Syaaban...
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya’baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”
Malam Nishfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Dipetik dari sumber disini.
Mak Mertua masuk malam semalam dah 3 kali ingatkan kitorang.. Kalau sempat malam ni pergilah masjid @ surau. Baca Yassin.. Malam ni doa banyak2..Mintak yang elok2...Moga Allah kabulkan..aminnnn...
1 comment:
owh Ya Allah..terima kasih Asma coz blog kan pasal malam nisfu Syaaban neh. Reen lupa dah. Umm..kena balik awal sket la reni.
Post a Comment