Pernah x korang membeli belah x ingat, sampai x cukup duit..huhuhu..itu terjadi pada saya pagi tadi. Dah niat awal2 lagi nak singgah kedai buah Ah Meng, nak shopping buah2 sikit..Niatnya nak beli sikit je..Buah epal 2 biji, limau sunkist 3 biji, kiwi 4-5 biji..alih2 sampai sana, rambang mata. Kiwi murah2 (hijau n kuning)..Kiwi Zespri dari New Zealand ni memang favourite. x kira la kaler apa. Biasanya Kiwi kuning harganya RM2.50 -RM2.80 sebiji, tapi hari ini cuma RM2.20 sahaja. Kiwi hijau pula harganya lebih murah dalam RM1.80 - RM2.00, tapi hari ni cuma RM1.60. Epal Madu pula standard harga saiz sederhana RM0.90. Limau sunkist pula dalam lingkungan RM0.90 hingga RM1.50 sebiji (tanpa biji dan pasti manis punya)..
Tangan saya laju memilih buah tanpa mencongak harga, selalunya saya cuma akan belanja lebih kurang RM15.00 setiap kali membeli, agak2 stok untuk 3-4 hari. Alih2 bila suruh Ah So tu kira siap mintak tambah kismis 1 tin RM14.00. Alih2 Ah So cakap harga semuanya RM40.00. Buka2 beg duit cuma ada RM30.00 lebey je..Sengeh2, "Ah So..itu kismis x mau la..x cukup duit la...hehehehe...".
Pengajaran dari pengalaman di atas...
1. Sebelum shopping pastikan bawa duit yang cukup
2. Sediakan senarai barang nak dibeli, kalau tak memang terbabash
3. Jangan membazir [beli buah banyak2 pastu x makan..busuk..buang]
4. Jangan ikut nafsu, beli ikut keperluan sahaja
5. Jangan terpengaruh dengan harga murah
Sekian dengan pesanan... membazir amalan SYAITAN....
nota kaki : Kiwi Zespri ni pernah masuk Discovery Channel
No comments:
Post a Comment