Wednesday, July 7, 2010

~ Entry untuk Nazza~


Dear Nazza,

Link2 di atas adalah proses2, amalan2 serta petua yang saya perolehi/lalui dalam usaha saya untuk mendapat baby. Pertama sekali, saya dan suami dah berniat, sekiranya suami posting ke sini(KL), saya dan suami akan dapatkan rujukan/rawatan dari LPPKN.

Jadi appointment pertama saya di LPPKN sekitar bulan Feb 2010, seminggu selepas suami posting ke sini..

Perlu diingat, appointment di LPPKN hendaklah dibuat pada hari 1-5 period, 1.untuk ujian hormon semasa period dan 2.untuk memudahkan Nazza membuat HSG..[refer kat link diatas]..appointment untuk HSG perlu dibuat selepas period kering iaitu sekitar hari ke 8-13 sahaja. HSG boleh dibuat dimana2 hospital/pusat perubatan yang ada. Jika terlepas hari tersebut, maka Nazza perlu tunggu sehingga cycle period bulan seterusnya... 

Yang penting, mulakan langkah pertama [selepas berbincang dgn suami] untuk mendapatkan nasihat di LPPKN..selebihnya hanya follow procedur yang diarahkan..

July 2010, baru saya berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan untuk semua ujian yang dijalankan. Keputusan doktor....suami memerlukan supplement tambahan. Selepas berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi [Pakar Sakit Tuan], alhamdulillah suami normal, sihat cuma perlukan pantauan dalam masa 3 bulan.

Saya dan suami dalam rawatan bekam pula, mana2 rawatan yang disyorkan, tidak mudarat pada diri serta x bercanggah dengan ajaran Islam akan saya cuba sebagai tanda usaha...

Amalan2 lain seperti madu, susu kambing, kurma dan kekacang2 seperti badam, gajus turut tersenarai dalam amalan harian saya..

Nasihat saya, Nazza jangan risau..Jangan putus asa..Sekarang saya dan suami berasa lebih lega..Sebelum ini, tiap2 bulan saya menanti dengan hati yang berdebar2, kadang2 rasa sedih dan kecewa..Sekarang tumpuan saya hanya teruskan rawatan..dan saling memberi sokongan..=)

3 comments:

naza delizia said...

salam.. thanks 4 the guidance! sangat relieve bila dpt gambaran yg jelas.. insyaallah akan diusahakan sebaik mungkin.. walaupun kdg2 ada rasa takut, tp dpt teruskan juga dgn sokongan hubby, doc, wn, including you! thanks again.. smoga kita akan menerima khabar berita yang gembira kemudian nanti...

Cik Ina said...

salam..sy sangkakan hanya saya saje yg mgalami masalah ni..rupanya ramai lagi kt luar mgalami nasib yg sama..jadi sy perlu kuat utk mghadapi smua ini...

Asma said...

nazza & latina
salam..yang penting jgn putus asa. Rezki bukan kt tgn kita. saya selalu semat kt dalam hati as long as saya hepi dan bahagia pun saya da bersyukur sgt.

Selagi kt usaha,doa n tawakal.insyaAllah...

Kalau ada berita gembira jgn lupa bgtau k..=)