Rona Di Danau Hati
Atikah menyapu peluh di dahi dengan belakang tangannya. Dengan langkah longlai dia menghampiri pintu pagar rumah sambil tercungap-cungap. Sudah menjadi rutin pada hujung minggu dia akan keluar berjoging. Selalunya dia ditemani oleh rakan serumah, tetapi hari ini dia melakukan aktiviti itu berseorangan berikutan rakannya itu pulang ke kampung. Peti surat diperiksa sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghela nafas sambil melabuhkan punggung di atas sofa ruangtamu. Satu persatu kepingan surat yang berada di tangannya diteliti. Matanya tertumpu pada sampul surat berbunga dengan setem tertera tulisan London. Dengan jelas tertulis namanya sebagai penerima. Dengan penuh rasa teruja dia membuka sampul surat berkenaan.
--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum...
Tatkala dikau membaca isi kandungan warkah ini, diriku sudah bergelar seorang suami. Tidak perlu lagi aku meneruskan coretan. Hanya sekeping foto pengganti diri sebagai bukti. Hanya kemaafan kupohon darimu. Kuharap kau mengerti.
Yang benar,
Shahrizal
----------------------------------------------------------------------------------
Matanya kian berkaca saat merenung gambar persandingan seorang lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya bersama wanita lain. Dia bingkas menuju ke arah bilik. Berdentum pintu bilik saat dia menutupnya. Dia duduk sambil memeluk tubuh di penjuru sudut bilik kecil itu. Mata dipejamkan sambil dia merapatkan dahi ke lutut. Tidak tertahan lagi perasaannya. Berlinangan airmata seperti tidak mahu berhenti. Bercucuran. Ternyata sekeping nota ringkas yang baru dibaca itu benar-benar telah melukakan sekeping hati yang ampuh. Sekeping gambar yang tadinya berkeadaan sempurna kini bertaburan di atas lantai. Bersepah dicarik-carik oleh Atikah dengan segumpal perasaan amarah. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Bercampur-baur sentimen yang dirasai olehnya. Adakah dia hanya perlu akur dengan kekecewaan ini dan menutup segenap ruang hatinya dari perasaan cinta atau mungkinkah suara gemersik sang kekasih bisa bergema kembali.....
...Saat ini hatinya betul-betul terluka. Di manakah silapnya? Apakah salahnya selama ini? Tidak jujurkah dia dalam perhubungan hingga dibiarkan sendirian. Remuk sungguh hati, bagai tiada nilai diri ini..Apa yang bermain-main di kepala Atikah, hanyalah kenapa dan kenapa sahaja???
Puas sudah menangis hingga tanpa sedar dia terlena..Azan kedengaran sayup menyeru umatNya menunaikan solat fardhu Zuhur. Atikah bingkas bangun mencapai tuala yang tersangkut di kepala katil lalu mengatur longlai kakinya ke bilik air. Saat air pancuran singgah di kepalanya, terasa ngilu dihati lantas air mata menitik lagi. Tidak mahu terus dibayangi kesedihan, Atikah mengambil wuduk lalu bersedia untuk menyembahkan diri kepada Maha Pencipta..Walaupun jauh disudut hati masih terasa sayu, tapi Atikah bertekad, biarlah ini kali terakhir dia menangis untuk lelaki..Mahu dibuang rasa sedih ini..Tiada gunanya meratap hiba..Dia sedar masih ramai yang sayang padanya, terutama sekali Tuhan Yang Maha Esa...
Pagi ini terasa segar sekali. Atikah hanya mampu berdoa..Moga kesedihan semalam hanya tinggal kenangan..Terus terlipat kemas dalam ruang hatinya, menjadi sejarah yang tidak akan berulang. Hari ini, sudah tersemat dihati, dia mahu teruskan hidup dengan hati yang gembira..dengan hati yang cerita..tiada lagi duka lara..Tentu ada hikmahnya, sudah bukan jodohnya dengan Shahrizal, segala angan-angan indah yang disulam sudah lebur ditengah jalan. Tidak mengapa..dia redha..
***
3 bulan sudah berlalu, Atikah sudah dapat menerima hakikat..kasih dan cinta manusia sentiasa kan berubah, tiada yang akan kekal kecuali cinta pada Yang Satu. Atikah bertuah, walaupun diselubungi kesedihan, keluarga dan teman-teman sentiasa ada disisi..menemaninya serta memberi semangat..Merekalah yang menjadi tunjang kekuatan Atikah..
Dalam kesedihan dan kelukaan rupanya ada kegembiraan yang menanti. Jika 3 bulan lalu, Atikah menerima warkah yang merobek hati, tapi kini warkah yang berada di dalam peti suratnya membawa khabar segunung gembira. Permohonan menyambungkan pelajaran ke peringkat Master tajaan MARA telah berjaya. Jika tiada halangan Atikah akan berlepas ke Perth, Australia hujung tahun ini. Alhamdulillah. Syukur pada Mu Ya Allah. Apa yang terjadi sudah dalam perangcanganMu Ya Allah. Jika tidak kerana berlakunya perpisahan ini, tentu hati Atikah tidak terbuka untuk menyambung pengajiannya. Senyum sentiasa terukir manis di bibir. Hati berbunga riang. Atikah rasa ingin melompat kegirangan. Ingin menjerit kepada dunia, ingin memberitau isi hatinya yang gembira.
Atikah sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia tidak akan mengejar cinta lagi. Biarlah cinta itu datang dengan sendiri. Pengalaman lalu benar-benar membuatnya tersedar. Selama ini dia lalai. Dia leka bermain api cinta. Kali ini biar cinta yang hadir itu cinta yang suci. Cinta yang direhai Ilahi...Sekian..=)
Atikah sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia tidak akan mengejar cinta lagi. Biarlah cinta itu datang dengan sendiri. Pengalaman lalu benar-benar membuatnya tersedar. Selama ini dia lalai. Dia leka bermain api cinta. Kali ini biar cinta yang hadir itu cinta yang suci. Cinta yang direhai Ilahi...Sekian..=)
1 comment:
Penyertaan telah disenaraikan dan akan dinilai oleh para juri yang bertanggungjawab :)
Post a Comment