Monday, April 12, 2010

~Cute Cupcakes 4 My Hubby & Cerita Bonie~



Order dari ofis mate. Sedap cumil dan wangi..:)..Hubby suka, senyum sampai telinga..Kan dalam post2 sebelum ni aku ingat nak bawak PIL keluar dinner.. Ramai yang suggest Sri AyutthayaThai Seafood @ Wangsa Maju..Hubby call MIL suruh jangan masak dinner.Nak dijadikan cerita..memang dia x masak dinner, tapi minum petang siap Bihun Singapore, Sambal Udang bagai...So, dinner x jadi, cuma PIL aku mintak nak makan Sate Kajang Hj. Samuri. Kebetulan PIL nak melawat kawan diorang kat Wangsa Maju, sebelum ziarah, kitorang singgah makan dulu kat cawangan Hj. Samuri yang sebelah MRR2.

Ada apa dengan Bonie?? Bonie sudah remaja rupanya..Patutla 2, 3 hari ni dia asyik lari keluar rumah..Rupanya sudah pandai mencari jantan...Sudah pandai berbunyi manja, ala2 menggoda..meliuk2kan badan nak tarik perhatian..Bonie2..Perlu ke aku bagi dia mengawan? Atau teruskan tujuan asal nak mandulkan..Fatwa dari Jakim (Julai 2002)...berbelah bagi pulak..Kalau sesiapa ada kucing jantan yang boleh buat baka, bolehla bagitau aku..hehehe..aku nak mengawankan Bonie pun nak pilih bulu..:)

No comments: