En. Suami kan army, jadi secara otomatik saya menjadi ahli BAKAT..Sila baca BAKAT 1 & BAKAT 2 untuk tahu kisah lebih lanjut... kan saya ada cerita pasal isteri OC yang juga pengerusi BAKAT. Waktu itu En.Suami bertugas di 4KOD, Kem Batu 3 Temerloh...Saya gelar G (bukan nama sebenar)..baru2 ini, saya bertemu G di Majlis Bacaan Yassin dan Ceramah Agama BAKAT KOD di Batu Kentonmen Jalan Ipoh..Saya yang seperti rusa masuk kampung hanya kenal G, saya bermanis muka salam peluk cium G ni kerana dia juga bekas pengerusi BAKAT saya kan..bukan apa, tanda hormat.. G ajak saya duduk disisinya, saya senyum menolak kerana G dikelilingi senior BAKAT dan malu pula untuk duduk bersimpuh sekali..X lama selepas itu, G datang lagi..menarik tangan saya supaya duduk bersama2 dia..saya turutkan sahaja...
Sepanjang majlis saya disisi G..Teman berborak, makan dan segala..Saya perhatikan juga, walaupun G ini sudah senior, tapi dia seperti tidak mesra dengan BAKAT2 yang lain..mungkin jarang jumpa...Saya cuma iyekan sahaja sepanjang perbualan, dengar dia mengomel pasal suami saya yang sudah serahkan jawatan kepada orang lain, dan dia x puas hati..dengar dia mengumpat2 pegawai2 perempuan yang tidak suakan tangan bersalam bertanya khabar dirinya..sayakan baru lagi..jadi layan sajalah kerenah G ni..kerana saya tahu perangai G yang suka mengadu domba di belakang hari, jika saya buat x peduli..
Jadi, apa yang saya nak cerita sebenarnya??..hehehe..Begini..tadi En. Suami telefon..G sudah canangkan berita di Temerloh bahawasanya saya ini sudah SOMBONG, sudah LUPA DIRI..Aduhai..perempuan bernama G..apa masalah sebenarnya ni?? Apa yang x puas hati? Sekali sekala jumpa pun nak bermusuh berdengki..Dah la selalu jumpa kalau ada aktiviti..Majlis yang 4 jam tu, bukan ke saya yang teman bersembang?? Kalau x ada saya, memang G terkebil2 sorang2..Jangan la nak buat cerita..jaja kisah saya..Penat la saya kalau macam ni..Lain kali kalau ada aktiviti KOD saya nak cakap pada G.." Akak cerita apa pasal saya? Ramai bagitau akak duk mengata..? Patutla x ada orang pedulikan akak masa majlis tu..kalau macam ni la punya laku..." Boleh ke macam tu.. En. Suami sudah cabar..Kalau berani cakapla dengan G tu..baru dia tau langit tinggi ke rendah..buku bertemu ruas..huhuhu..Persoalannya..berani kah saya???
Nota kaki :-En.suami suruh garang dan tegas sedikit..supaya orang x pijak kepala..merendah2kan kita..hmmm
No comments:
Post a Comment