Thursday, April 29, 2010

~ Tidur2 Kucing ~

Aksi Bonie n Jojo tidur

SHIOK gak kadang2 tengok

Tenang je


Baru je kemas dah ada org tumpang...ni yg x SHIOK ni

Bantal byk la baru SHIOK tido..zzzzzz

Sini lg SHIOKla..ada haba...

Musim panas tidur atas tiles...manyak SHIOK

SHIOKnya tidur2 ayam...

TerSHIOK punyer..kena angin sepoi2 bahasa

SHIOK ke x SHIOK..mlm semua kena tidur luar....hahaha



~ Mee Kuah ke Mee Udang ni ek? ~

Aku pun x ingat mana dapat resepi ni..tp google lam internet la..Dia tulis Mee Kuah, bila try buat macam Mee Udang pun ada..x kesahla kan nama apa pun..yang penting sedap secukup rasa..Jom reramai try resepi ni...

Bahan2 untuk kuah:
Udang geragau (yang halus2 tu, bolehla kalau nak campur sikit ngan udang kering * udang kering mahal*)
Kentang rebus sampai empuk (nak cepat..potong kentang kecil2 rebus sekali ngan stok ayam)
Cili kering, bawang merah, bawang putih (guna cili boh senang..)
Sos tomato
Kentang
Stok ayam
Serbuk kari (apa2 pun boleh, kari ikan boleh, daging boleh..sikit je tau..just nak bagi wangi..bukan sampai rasa kari)
Udang

Cara memasak:
Blender kentang n udang geragau..tumis cili dengan kari sampai wangi, masukkan kentang yg dah blend tadi..agak2 dah masak (cam kuar wangi udang ke) tambahkan sos tomato...biarkan mesra sekejap pastu masukkan stok ayam, time ni da boleh masuk udang..then biar didih n pekat (ikut selera masing2, aku suka sedang2 je..

Bahan2 untuk Mee:
Mee, Sawi (biasa pakai kangkung), Taugeh (x beli pun) celur
Telur rebus
Kalau ada fishball n fishcake pun sedap..rebus jap then hiris halus2
Tauhu goreng dan hiris nipis (makan berdua je, x berbaloi lak nak beli ..bukan abis pun..)
Ayam rebus dicarik2
Daun bawang dan daun sup (x ada gak) untuk hiasan


kelihatan udang berenang2..


Sempoi je..guna apa yg ada je...

*

*

*


Ini lah rupanya..kalau tengok..memang terbuka selera..kok nak rasa kena la cuba...





Tuesday, April 27, 2010

~Suamiku yg Ghairah~

Malam minggu lalu En. Suami sungguh ghairah sekali...
*

*

*

*

*

*

*

*
 Ghairah tonton MU vs Totten la...hehehe
Mana x ghairah menang sampai 3 gol... cuba tgk result kt kaca tv

*

*

*

Aksi ghairah En. Suami di depan tv

*

*

psst...Jojo terkejut melihat aksi ghairah berani mati..

*

*

*

*
Dan ini lakonan semula En. Suami
En. Suami suruh delete, malu tengok rahang dan gigi 36 batang tu luas terpampang..

tapi..gambar ni x real la yang.....

~Menghitung Hari~

Aduyai...
Penatnya nak tunggu sehari2 berlalu..
Ada ke x ada ni??
Semalam dah cek, tapi x ada ape2 lagi..
Bawak2 bersabar..ada yang 2 3 minggu pun belum ada tanda2 pun
Awak baru 2 3 hari dah menggelabah biawak...
Kok kalau memang ada rezki..
Syukur Alhamdulillah..
Kok kalau belum ada lagi..
Cuba2..jangan putus asa...Chaiyok..chaiyok..

nota kaki: peribahasa menggelabah biawak : cuba korang sergah biawak tu..dia punya menggelabah x henggat..tu En. suami yg cakap, aku sendiri x penah sergah biawak..hehehe

Monday, April 26, 2010

~Proses Beli Rumah Part II~

Fokus aku hari ni nak cerita pasal rumah beli atas individu (Subsale @ Second hand)..Banyak sumber boleh kita cari kalau nak beli rumah atas orang..mudah.my ada, iproperty ada..tengok iklaneka dalam surat khabar pun boleh, iklan tampal kat pokok..banner gantung depan rumah..telefon egen hartanah.senang kata.macam2 ada..

Katakan la, kita dah ada rumah yang kita suka, kalau melalui egen, biasanya dia mintak booking fee..tanda kita betul2 interested sangat dengan rumah tu la..then kita kena bagi 3% deposit (korang study balik entry aku sebelum ni klik sini)..Balance 7% diposit tu kena settle within 2 weeks atau korang deal lah dulu..Proses beli rumah subsale ni x jauh beza dengan beli rumah developer..tp proses dia agak makan masa..Makan 6 bulan atau lebih..mungkin!! :(

Bila beli rumah atas orang ni kena make sure, owner da settle segala hutang piutang dia. Contoh..Cukai Tanah, Cukai Taksiran..kalau rumah apartment kena cek hutang maintanence fee dan segala utility..

Apa pandangan aku tentang beli rumah subsale???

1. Kawasan rumah biasanya dah fully developed, means segala kemudahan dah sedia ada..Sekolah, masjid@surau..orang dah ramai..Sebelum beli boleh cek2 la komuniti kat situ macam mana..jalan2 dulu..pusing2 tengok traffik flow dia..Kalau terlebih rajin lagi, boleh pergi ke balai polis yang terdekat.. tanya2 pasal kes jenayah, pecah rumah, ragut kalau ada..

2. Kalau beli apartment (flatted house)..kita kena tengok tahap kebersihan dan kecekapan kerja management office..pernah x korang tengok rumah2 yang bertingkat ni punya kondisi?? Ada yg dah berkerak, tangga bau hancing..lif berconteng, sampah merata2 usah cerita..tp..bukan kesalahan management office juga..kalau penduduk2 x bayar duit maintenance, macam mana diorang nak selenggara???

Pilihan ditangan kita..tepuk dada tanya selera..jangan follow orang..yang penting ikut kemampuan..nak beli rumah bukan macam beli baju..fikir betul2..jangan terburu2..okeh..sekian..jumpa lagi di lain siaran..hehehe..caucincau..:)

~Jojo Kena Enjet Vaksin~

Dah lambat 2 minggu, appointment sepatutnya minggu kedua bulan 4 ari tu..2nd vaccine..lepas ni every 3 months bg ubat cacing.. 

Jojo ditenangkan oleh En. Suami

Merayau2, tenangkan diri sendiri

Berat 1.6kg..

Nak snap gambar masa kena enjet..tp vet x bg..malu nak interframe la tu..ahaks...

~Kontes IBU Kaulah Sumber Inspirasiku~

Korang klik Kontes Ibu kalu nak join k

IBU KAULAH SUMBER INSPIRASI KU

Sejak aku berumahtangga, aku punya 2 ibu..2 karekter berbeza, 2 hati yang perlu dijaga, 2 orang yang penting dalam hidup aku dan suami..

Mungkin masa aku muda belia, aku 'kurang' nak hargai mereka..darah muda panas bergelojak kadang2 buat aku lupa..Guris hati ibu, terkasar kata, rasa biasa..langsung x rasa berdosa..Bila semakin matang, aku sedar ibu sudah banyak berkorban..Masa2 yang ada kan ku cuba bahagiakan mereka..menyayangi mereka selagi ada nyawa..

Syurga dibawah kaki ibu...Bila menjadi isteri syurga di bawah kaki suami..tapi jangan lupa syurga suami tetap sama..tanpa keredhaan ibu, doa dan restu..hidup kita x akan kemana2..x kira ibu yang mana, ibu sendiri atau mentua..pandangla dengan mata yang sama..kerana kedua2 nya telah bersabung nyawa..membawa kita lahir kedunia...Doa buat ibu..Moga sentiasa dibawah lindungan yang Esa..Moga Ibu ditempatkan di dalam SyurgaNya...


Mak di hari persandinganku

Mak dan abah mentua

mak dan anak buah, Mimi

Bergambar raya, mak n abah

2 jantung hati aku dan suami


Aku, mak & mak mentua
(abaikan aku yg sungguh 'abom'..huhuhu)

Friday, April 23, 2010

~ Proses Beli Rumah ~

Kalau refer to entry MICASA IDAMAN, korang akan dapat kesimpulan yang aku menekankan aspek pencarian LOKASI.. Bukanlah priority sebenarnya..tapi bagi aku itu yang no .1, seterusnya BUDGET dan macam2 lagi..Hari ini aku nak kongsi ilmu kalau nak beli rumah terus dari pemaju, later2 aku cerita proses nak beli rumah second hand pula..

1. PEMAJU
Kalau boleh korang survey la pemaju2 yang ada track record yang bagus, contoh macam company aku...ahaks.*bos kalau baca boleh up gaji ke??*..Study sikit pasal project sebelumnya, ada delay masa nak hand over rumah ke, kualiti rumah tu macam mana..ada leaking2 ke, dalam masa Defect Liability Period tu ada masalah ke tak (kot ada defect la)..tapi x yah la sampai nak mintak company profile lak...klu korang nak mintak juga aku x halang..hehehe

2. BUDGET @ KEWANGAN
10% sah2 kena ada, setengah pemaju dia bagi offer bayar RM1K je, atau bagi rebate..macam2 promosi..depends..10% dari harga rumah tu x termasuk fees yang kena dibayar pada lawyer.Contohla:-harga rumah RM200K..10% dah RM20K..Fee tuk SPA (Surat Perjanjian Jual Beli) lawyer ada yang develepor tanggung, kalau x agak2 dalam 1% je..so dlm RM2K. Tu  x termasuk proses pindah nama, kalau rumah dah ada geran kiraan dia lebih kurang camni :-tuk 100K pertama kena 1%, 101K sehingga 500K kena 2%, so kalau rumah 200K, stamp duty yang perlu dibayar RM3K. Tuk buat Loan Agreement pun ada bayaran jugak, tapi ni aku x berapa sure sangat..tapi kita agak2 dalam RM2K..Total duit yang kena ada lebih kurang RM27K. Wah..da macam tutorial lak..:) Bukan nak kasi takut tengok sampai xjadi nak beli, tp realiti memang mcm ni...Ini anggaran kasar sahaja..Banyak lagi proses2 lain..Bila dah dapat rumah, kena sediakan pula duit deposit cagaran api air, biasa pemaju akan ambil advance 6 bulan duit maintenance, Cukai Tanah dan Cukai Taksiran jangan lupa..Tu tanggujawab nanti rumah kena sita..hehehe

3. INFO2 LAIN
Rumah Freehold (Pegangan Bebas) dan Leasehold (pajakan ada yang 99 tahun kat Johor klu x salah sampai 999 tahun).. Biasa freehold property ni mahal sikit dari leasehold..tapi depends.. macam aku kalau dah suka rumah tu, x kira la freehold ke leasehold ke..yg aku tau kalau nak jual balik rumah kena ada surat consent dari developer dan authority..untuk pindah nama, aku x pasti..Korang boleh la study lebih lagi pasal leasehold ni, so far setau aku belum ada lagi pajakan 99 tahun yang da habis tempoh...atau korang boleh baca kt sini Freehold vs Leasehold.

Ini sedikit sebanyak ilmu yang aku timba sejak kerja dengan pemaju..Bolehla bagi korang gambaran kasar proses nak beli rumah Apa2 pun jangan malu nak bertanya.x rugi kalau ambil tau.Okeh..Sekian..caucincau..:)

Thursday, April 22, 2010

~Lelaki Lombok yang menjadi poojaan hati~

Dah lama nak tulis pasal lelaki Lombok, selalu gak time free2..google image lelaki lombok, nak jugak tengok rupa mereka..begitu hensem kacak dan menawankah sampai cair hati remaja2 pompuan kita..apa orang putih kata tu..'dark, tall n hensem'..:) Nak kata kaya raya pun tidak juga..apalah rahsia lelaki Lombok ini sampai ramai terpedaya..

x tau la kot kalau diorang duk colet minyak senyonyong ke minyak dagu bagi kita lupa..sampai2 kat sana, dah nikah x kenal sape2..kenala jadi pemastautin tanpa dokumen perjalanan macam PATI kat Malaysia..huhuhu..Mak bapak kat sini duk ratap menangis hantuk2 kepala..anak daraku kena bawak lari..anak daraku ikut laki...

Jangan ingat duk merantau tempat orang kita senang lenang goyang kaki..tak tentu lagi..ada yang macam hamba abdi..kena raging dengan suami..hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri....Sekian

Nota kaki : Korang bacala kisah benar selanjutnya disini Penangan Jejaka Lombok

~Micasa Idaman~



Rumahku Syurgaku...Rumah idaman..ruang privasi..tempat untuk membesarkan keluarga..istirehat selepas penat sehari bekerja..kalau korang nak rumah yang bagaimana? Tinggi melangit x kesah nak bayar maintenance fee ke, rumah atas tanah yang ada pagar keliling, boleh parking kereta?? Banyak perkara yang perlu diketahui sebelum berkira2 nak membeli sebuah rumah.Serba sedikit ilmu perlu supaya tidak ditipu. Samaada rumah yang hendak dibeli itu direct dari develepor (dah siap atau dalam progress), rumah atas individu (subsale @ second hand) atau rumah yang dilelong bank..

Rumah baru ke second hand??? Kalau rumah baru lokasi dalam KL memang dah x ada la..Kalau ada pun harga dah cecah juta2..Pinggir bandar kan banyak?? Jauh sikit x apa, janji rumah luas, atas tanah, selesa..masing2 punya pendapat la kan..Aku kerja ditengah kotaraya..sekarang menyewa di betul2 pinggir kota..kawasan padat penduduk, kemudahan asas tip top, kiri kanan shopping complex dari cap ayam sampai yang mega2..Yang paling penting aku suka dengan area aku duduk ni, orang lain nak cakap apa, aku x pedulik..:(..Bukan x mau dengar pendapat orang lain, tapi selalu sangat dapat pendapat negetif dan ala2 nak kondem semedang!! Huhuhu..Depa kata dengan harga yang aku spent klu beli rumah di area tu, lebih baik aku pegi jauh sikit dapat rumah yang lebih berbaloi2...

Aku bekerja swasta yang x ada cawangan lain kecuali di Johor Bahru, En. Suami pula yang bekerja pindah randah setiap 3 tahun itu pun x tentu (suka ati je bila kena posting)..Well, setakat hari ini, memang x bercadang berhenti follow En. Suami..aku tau..tempat isteri di sisi suami..tapi terus terang cakap la kan..Kitorang x mampu lagi nak bergantung pada 1 sumber rezki..

Siapa yang patut banyak berkorban..Suami ke isteri? Bapak mentua aku cakap, suami kena la berkorban lebih, contohnya dalam nak membeli rumah. Biarla rumah tu dekat dengan tempat kerja isteri, esok2 dah ada anak senang..Isteri jugak yang kena ambik hantar anak nursery..Kot anak sakit demam..isteri boleh lari tengok sekejap..Lagipun, kerja En. Suami ni x tentu..Kadang2 outstation, duty ntah apa lagi..Itu kalau En. Suami busy.. nak dijadikan cerita, En. Suami dipostingkan nun jauh ke Malaysia Timur..banyak cabarannya..Bayangkan rumah jauh, terperangkap dalam jem, tayar pancit, anak sakit..Bukan mintak terjadi..tapi kenalah beringat segala kemungkinan...kebarangkalian nak berlaku tu agak tinggi..

Panjang lebar pulak penerangan aku ni..hehehe..bukan apa nak terangkan sebab musababnya..Lainkali aku cerita proses pembelian rumah lak ye..:) Bolehla share2 ilmu ngan kawan2 yang nak beli harta...Sekian

* gambar kartun sumber dari internet*

Wednesday, April 21, 2010

~Perihal laku perempuan yang menyakitkan hati saya~

En. Suami kan army, jadi secara otomatik saya menjadi ahli  BAKAT..Sila baca BAKAT 1 & BAKAT 2 untuk tahu kisah lebih lanjut... kan saya ada cerita pasal isteri OC yang juga pengerusi BAKAT. Waktu itu En.Suami bertugas di 4KOD, Kem Batu 3 Temerloh...Saya gelar G (bukan nama sebenar)..baru2 ini, saya bertemu G di Majlis Bacaan Yassin dan Ceramah Agama BAKAT KOD di Batu Kentonmen Jalan Ipoh..Saya yang seperti rusa masuk kampung hanya kenal G, saya bermanis muka salam peluk cium G ni kerana dia juga bekas pengerusi BAKAT saya kan..bukan apa, tanda hormat.. G ajak saya duduk disisinya, saya senyum menolak kerana G dikelilingi senior BAKAT dan malu pula untuk duduk bersimpuh sekali..X lama selepas itu, G datang lagi..menarik tangan saya supaya duduk bersama2 dia..saya turutkan sahaja...

Sepanjang majlis saya disisi G..Teman berborak, makan dan segala..Saya perhatikan juga, walaupun G ini sudah senior, tapi dia seperti tidak mesra dengan BAKAT2 yang lain..mungkin jarang jumpa...Saya cuma iyekan sahaja sepanjang perbualan, dengar dia mengomel pasal suami saya yang sudah serahkan jawatan kepada orang lain, dan dia x puas hati..dengar dia mengumpat2 pegawai2 perempuan yang tidak suakan tangan bersalam bertanya khabar dirinya..sayakan baru lagi..jadi layan sajalah kerenah G ni..kerana saya tahu perangai G yang suka mengadu domba di belakang hari, jika saya buat x peduli..

Jadi, apa yang saya nak cerita sebenarnya??..hehehe..Begini..tadi En. Suami telefon..G sudah canangkan berita di Temerloh bahawasanya saya ini sudah SOMBONG, sudah LUPA DIRI..Aduhai..perempuan bernama G..apa masalah sebenarnya ni?? Apa yang x puas hati? Sekali sekala jumpa pun nak bermusuh berdengki..Dah la selalu jumpa kalau ada aktiviti..Majlis yang 4 jam tu, bukan ke saya yang teman bersembang?? Kalau x ada saya, memang G terkebil2 sorang2..Jangan la nak buat cerita..jaja kisah saya..Penat la saya kalau macam ni..Lain kali kalau ada aktiviti KOD saya nak cakap pada G.." Akak cerita apa pasal saya? Ramai bagitau akak duk mengata..? Patutla x ada orang pedulikan akak masa majlis tu..kalau macam ni la punya laku..." Boleh ke macam tu.. En. Suami sudah cabar..Kalau berani cakapla dengan G tu..baru dia tau langit tinggi ke rendah..buku bertemu ruas..huhuhu..Persoalannya..berani kah saya???

Nota kaki :-En.suami suruh garang dan tegas sedikit..supaya orang x pijak kepala..merendah2kan kita..hmmm

~Saya Pun Ingin Jua Di Jelajah Ben Ashaari~



BEN ASHAARI???

Semua ingin dijelajah BEN ASHAARI..

Yang mana telah dijelajah telah disinggah oleh BEN mengakui banyak membantu aliran traffik seterusnya meningkatkan semangat berblog..(hamboih..skema betul ayat pengenalan..)

En. Ben..Kenapa perlu singgah di Blog saya??
1. Saya baru belajar, masih terkedek2..silalah bagi panduan dan dorongan..sekian..
2.Saya memerlukan komen2 yang membina kerana agak kurang yakin dan kadang-kala berasa agak syok sendirik..hehehe..
3.Saya berblog sekitar Sept 2009 (lebih kurang), hanya aktif menulis awal 2010 dan baru sangat mengexposekan diri, mewawarkan diri pada khalayak sekitar Mac 2010...
4.Blog saya hanya berkisar tentang diri, famili, hobi dan luahan hati (pendapat sumtimes!!)..
5.Saya akan sangat suka hati (oh, bukan calang2 disinggah oleh En. Ben)

Nota kaki: thank u daun keladi En. Ben, kalau sudi singgah lah lagi..hooyeh!!

~Cuti Rehat 1 Hari~

Alhamdulillah, mungkin saya bukan sakit mata, mungkin cuma allergy...cuti rehat dirumah saya penuhi dengan membuat kuih..habiskan lauk kuih cara (ada lebih buat hari tu simpan dalam petiais)..x elok membazir...ditujukan khas kepada Cik BUYUI kita yang agak tidak percaya bahawa saya memasak kuih cara...:)

Adunan Tepung Kuih Cara:-
Campurkan tepung, santan, air, kunyit, garam hingga sebati..x mau ada ketul2..Nak senang blender je..Adunan tu biar cair sikit macam nak tebar roti jala..

Lauk @ Inti Kuih Cara :-
Ayam hiris halus, serbuk kari, bawang dadu, daun sup & cili merah
Tumis kari sampai garing dan naik wangi, masukkan ayam biar sebentar sampai empuk dan sebati, masukkan bawang yang telah didadu dan akhir sekali taburkan daun sup (kasi wangi sikit)..hiris halus daun sup dan cili merah untuk ditabur sebagai hiasan...

Cara  Membuat Kuih Cara :-
Sapu sedikit minyak dalam sarang (pakai towel kecik, senang rata), tuang bancuhan tepung then terus letak inti dan hiasan sekali..Buka api perlahan2, kalau x kuih berkerak (kerak sikit2 x apa)..

Tutup sarang ni pun kena panaskan dulu..baru kuih masak sekata..(panaskan je kat dapur sebelah)
p/s:- Sila abaikan dapur dan dinding yang chomot..huhuhu

Tada...tapi kurang seri, daun sup da habis..ok lah tu... 

 Ini lepat labu..buat malam, simpan dalam peti ais..esoknya baru makan..sedap wei...


Karipap ayam menyambut kepulangan En. Suami..bagai surirumahtangga pula..ahaks..lupa nak bagitau..karipap ni kelim tepi sendiri tau..hehehe (masuk bakul, angkat sendiri..)
p/s:- Sila abaikan juga karipap yang legam2..

Monday, April 19, 2010

~Sakit Mata~

Tiba2 je..ULANG..tiba2 je..tengah2 mengadap PC mataku berair(??) laju..terasa pedih2 alah macam ada batu..berpasir2..Sekelip mata aku sakit mata..Turun pergi klinik..Sah! Sah sudah! Aku sakit mata..esok MC sehari je..

Biasa kalau sakit mata mau 3 4 hari MC..perlu ke aku happy???

Happy la...boleh rilek2 kat rumah..Main2 ngan kucen..

Banyak la happy!!..sakit ni...Nak kelip mata pun sakit..macam nak tonyoh2 je..kang terkeluar pulak biji mata..Adoiii..

~Kraftanganlamatakbuatdotcomdotmy~

Satu ketika dulu suka benar saya membuat album gambar untuk dihadiahkan kepada kawan2 yang baru berkahwin..masa itu sungguh rasa hebat dan berbakat..bila tengok balik gambar2 ni..ah! jadi malu sendiri..Macam makcik2 pulak rasanya, tema bunga2..pssst..untuk diri sendiri pun x terbuat..agak x berkenan buat simpanan..lalalala..kutuk hasil kerja sendiri..hehehe..Tengah mencari idea untuk kembangkan bakat..ops, bukan badan ye..yang itu kembang semulajadi..huhuhu..Tengah mencari peluang untuk buat side income..kalau boleh biarla dari usaha datangnya dari titik peluh tulang empat kerat ni..x mau la yang jenis ada upline downline, x payah jual barang cuma cari orang..hmmm..





Hantaran kahwin pun buat sendiri, x tau simpan mana semua soft copy..kelam kabut sangat masa kenduri..tapi hiasan belakang kepala katil ini pun hasil tangan sendiri jua..berbekalkan idea dari majalah wanita ke pengantin ke pun dah lupa..sampai sekarang masih ada..x pernah tanggal punya..kalau upah mak andam, petang kenduri pun diorang dah tanggal bawa lari..budget x sampai RM200, tapi boleh guna sampai hari ini..

*

*

*

*

*


*gambar diambil ketika pulang ke kampung baru2 ni..hehehe..setiap malam seperti malam pertama..eceh!!*
*ops..terlebey sudaaa*

~Hari Malas Sedunia~

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa hari Ahad bersamaan dengan 18 April 2010 merupakan Hari Malas(bermalas2an)Sedunia..Saya sungguh malas semalam..Hanya  makan tidur, makan balik..tidur balik..sakit mata En. suami..Hari yang sepatutnya jadi hari mengemas rumah, saya habiskan dengan bersantai2 sahaja..Tapi, saya masih mampu memasak hidangan tengahari dan juga minum petang..Kagum kan? Dalam saya bermalas2, tapi tanggungjawab mengisi perut suami tidak saya abaikan..hehehe..Semalam saya mencuba resepi Kuih Cara Berlauk..Disebabkan saya didatangi penyakit M itu saya tidak mengambil gambar untuk membuktikan kesahihan saya  memasak semalam..:) Sarang membuat kuih cara dipinjam dari mak di kampung dengan peringatan supaya dipulangkan semula selepas habis diguna..Ala..mak bagi je la terus..dah lama berkepuk dalam almari je..

Mengapa saya  buat kuih ini sendiri? kan mudah kalau dibeli?? Jawapannya ialah....di KL, kuih cara 3 keping bersaiz cinonet sudah berharga RM1. Kalau tengok saiz perut, setakat 3 keping tu memang  x cukup..x kan nk beli sampai RM5 hengget..x sampai hati la pulak..macam  membazir je..Kalau ikut nak mentekedarah, setakat 15 keping, boleh kot  mengadap sorang2..hehehe..Alternatifnya..cuba masak sendiri..berpeluh sakan didapur..semata2 nak penuhi keinginan hati..Puas hati?..Cukup puas..siap terlebih2 lagi..

*pinjam gambar dari sudip kayu*


Friday, April 16, 2010

~AF8 : Mualnya saya...uweks~

Ini bukan untuk promosi..tahun ni follow AF lebih kurang je..mungkin sebab usia semakin matang..Bila tengok AF ni balik macam loya..Malam jumaat Hubby ada Yassin & Tahlil di kem..Ambil kesempatan tonton Diari AF yang setengah jam tu..Apa ni team produksi??? Dah kering idea ke?? Oh! Oh! nak pitam tengok..Awal2 dah hidangkan aksi2 mesra bunga2 cinta pelajar yang x berapa nak belajar ni... Tunggu jugak..Sessi belajar ke?? Kurang sangatla..asyik2 duk tayang aksi2 x berapa chicky..tapi penghujung diari tu yang buat aku nak muntah, kuning hijau serba bagai..Ini lah gimik yang paling hampeh pernah aku tengok..Berapa agaknya umur budak2 ni..Mestilah sekitar awal 20an kan?? Korang tayang kisah cinta budak2 ni macam diorang ni x ada ibu bapa..Malu seh, kalau mak ayah tengok perangai laku anak2 sendiri kat kaca tv..






x payahla nak tunjuk babak phone call dari aweks si Maulana ni semata2 nak tanya kisah cinta Maulana dengan Ain tu..Bukan ke AF ni tempat tuntut ilmu.."Sayang..u sayang i ke Ain?? cakap sekarang..i nak tau" dan lagi " Ain, u tau i sape?? Apa kes u ngn Maulana i ni??" dan lagi " u pilih antara i dan Ain??" Oh! Oh!..Please la..Cari la topik lain..Nampak sangat krew produksi tahun ni x ada persiapan rapi..x kan xde plan baru..Idea macam ni dah lapuk la..Kasi la yang segar2 sikit..Kesian kat budak2 AF tahun ni..dimanipulasi atas nama karya SENI....

Thursday, April 15, 2010

~Ahaks..Kelakor..Kelakor~

 Huish..susah gila nak pilih background template..semua cantiks..berpinor biji mata..My BFF, Puan Row yang bagi idea..suruh tambah kaler2, kasi meriah sikit..warna-warni..bagi naik seri..Ini pun dari email Puan Row juga..yang membuatkan saya ketawa di pagi2 hari...Saksikan...

Dia!...Dia!..Sebab dialah saya eksiden!!!
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



*Untuk paparan entry sahaja..18sx*

Ahaks..kelakarkan..aik x kelakar ke?? Tuan2, lelaki dan para suami..x rasa kelakar ke?? ops..bukan saya mengata kalian semua...Ini normal apa!!! Lelaki selalunya pandangan matanya tertumpu kepada benda2 yang, cantik, molek, terdedah, mengancam jiwa raga..sedap pandangan mata..Mungkin tuan2 bukan dari kelompok orang sebegini..Alhamdulillah..Banyak bahayanya tuan2, kata orang lama2 dari mata turun ke hati..jadi berhati2...Setakat pandang ye tuan2..suka2 je..Eh..eh..Tuan2, x payahla tenung gambar di atas tu lama2...hehehe..Sekian..

Wednesday, April 14, 2010

~Mimpi Sedih by Tetty Kadi - Dedikasi Untuk Kak Baya ~

Mimpi Sedih
Di malam sepi
aku bermimpi
mimpi yang sedih sekali...

kau akan pergi
tinggalkan diriku
aku menangis tersedu...

diriku tak pernah
lepas dari penderitaan...
impian kini terjadi

kau pergi setelah
aku serahkan kasih suci
itulah nasib diriku

angin meniup
membisikkan kata
yang sangat menusuk hati...

angin meniup
membelai rambutku
yang terurai
tak berseri lagi

diriku tak pernah
lepas dari penderitaan...
impian kini terjadi

kau pergi setelah
aku serahkan kasih suci
itulah nasib diriku

Lantas teringatkan lagu ni tatkala aku baca entry dari Kak Baya..Hati aku menangis, sedih sangat..Terus aku solat Zuhur dan sedekahkan Fatihah kepada kesayangan Kak Baya, Dzafri Hisyam..

Kak Baya, tiada niat saya nak tambah kesedihan akak dengan lagu ni..sikit pun x terdetik di hati saya..Maaf kalau post saya ini menambahkan lagi kesedihan Kak Baya..Cuma lagu ni terngiang2 di telinga..Akak, menangis lah sepuas2 hati..Lepaskan lah kesedihan akak..X dapat saya bayangkan beban yang akak tanggung , kerinduan yang menggunung..Aduh..Patahnya hati..Hilang sudah penyeri..
Sungguh ini ketentuan Ilahi..Memang benar dia telah pergi..hanya yang tinggal kini.. kenangan terindah dan kasih sayang akak pada arwah dan ia akan terus kekal abadi...Oh, sungguh saya kehilangan kata2..Sebak..Cuma saya berharap peroleh kekuatan seperti akak, jika diduga olehNya..
~Al Fatihah~

Nota kaki: x tau nak download, tapi boleh dengar di sini lagu mimpi sedih

~Buah Cinta Part II~


Mula2 aku beli dulu RM5 sekilo..Lepas tu jadi RM6 sekilo..Semalam aku beli naik harga lagi RM8 sekilo..Buah Cinta Gerai Ah Meng..Mungkin Ah Meng dapat bekalan mahal kot atau permintaan melebihi pengeluaran..Apa2 je lah..Yang penting aku suka buah ni, x kira la berapa harga pun aku tatap jua beli..

Rupanya buah cinta lagi sedap dibuat jus dari makan begitu saja..Betul la cakap ko Ah Meng!! *dia yg ajar aku..* Ice blended Mango + Passion Fruit..Srot..srot.srot..Segelas..2 gelas..Pecah rekod...3 gelas!!! Bukan aku..tapi Hubby..Suka sangat dia..Nanti sayang buat lagi...:)

Tuesday, April 13, 2010

~Asah Otak Supaya Kekal Cerdas~

Semua suka membaca..paling basic pun pagi2 baca newspaper..Aku ada hobi baru asah minda..Bolehla korang cuba, buat yang simple2 je..setakat yang korang mampu..bukan ada cekgu nak cek pun..apatah lagi nak masuk periksa..saja suka, di samping elakkan otak berkarat..boleh gak mengimbau memori di alam sekolah remaja riang bersama rakan taulan..

Ni soalan math moden kot..dulu belajar bahasa melayu..median la min la..jangan risau ada note kat tepi tu, boleh buat ulangkaji dulu

Subjek kimia..kagum gak ngan kepala aku yang masih boleh ingat sikit2 tu *up diri sendiri*..ikatan Carbon, Hidrogen, Oksigen

C2H5OH tu formula tuk Alkohol *bukan yg minum mabuk mcm todi*

Buat kira2 sikit..

Ni yang paling best..cari perkataan..mudah je..tapi boleh bagi otak bekerja

Jadi mulai esok, korang jangan buang sisipan tengah surat khabar aliran perdana tu..Dalam tu ada MINDA, SKOR, DIDIK..semua korang boleh cuba..jangan ingat umur dah banyak korang semua tau..Cuba la dulu, mesti korang pun ikut sama terkejut..Rupa2nya..banyak benda yang kita dah lupa..belum terlewat lagi..jom sama2 kita asah minda!!!

Nota kaki:- otak aktif, tua nanti x cepat nyanyuk..

~Remote control menjadi punca~

Mak abah mentua kan dah berangkat pulang
Semalam tinggal aku suami isteri bertemankan kucen2 sahaja
Rasa sunyi, aku tengok muka suami , berbalas mata x ada cerita
Alih2 gaduh rebutkan alat kawalan tv
Bukan ape, dah 2 minggu tv di konker En. Suami
Tiap2 hari, tiap2 masa tengok berita, sukan, dokumentari sampai aku naik lali
Turn aku la pulak tengok tv
Aku nak tengok hiburan, drama swasta, adamaya, pertandingan nari2
En.Suami, toleransi la sikit
Kadang2 tu En. Suami nonton rancangan sukan yang peliks2
Padahal En. suami bukan paham pun pucuk pangkal saja nak cari pasal
Please En. Suami, jangan kacau saya malam ni
Esok onward, saya janji En.Suami berHAK MUTLAK ke atas remote control tv..


~Tikus Jadian untuk 2 Dara~

Dah jadi anak dara wey kucen2 aku ni...Masa aku mula bela dulu, besar sejengkal je..sekarang nak angkat sebelah tangan pun x daya..Bonie si malu2 kucing, suara pun jarang dengar. Jojo si hyperaktif yang bising...lady boss kat dalam rumah..tukang selongkar n sepahkan barang, ada je yang x puas hati.. lambat  makan mengiau, x suka makan mengiau, nak main mengiau...

Tikus mainan ini aku beli RM10..mula2 diorang buat x heran je..rasa rugi je beli..aku amik inisiatif ikat riben 2 kaler bagi nampak menarik tertarik da boom barula diorang nak main..huhuhu..memilih!!

Rutin setiap malam kena LAYAN diorang main sekejap..Elok jugak sebenarnya..boleh mengecikkan saiz lengan aku yang makin lebar ini..

*Jojo: Ini tikus saya yang punye..hohoho*

*Jojo : Main dulu, sat lagi jangan sibuk nak kacau*

*Jojo: Dah la tu, bak sini pulaks...*

*Bonie: HAHAHA..tidak akan aku lepaskan ini tikus!!*

*Bonie: Ape??*

*Jojo: Akhirnye...akhirnye..gggrrrr*

*Jojo: Makan pun sodap riben nih..*

Ginilah, aktiviti malam hari aku..Main sampai diorang penat, pastu x de la bising lagi..and confirm diorang tido sampai pagi..taktik tu..hehehe.